Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 18)

22 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Foto pada minggu ini menerangkan Content Creation - Asas Penciptaan Kandungan (Hook & Niche). Menerangkan merujuk kepada proses menghasilkan bahan seperti video, gambar, artikel, atau posting media sosial untuk menyampaikan maklumat, hiburan, atau nilai kepada penonton. Dua asas paling penting dalam penciptaan kandungan ialah hook dan niche, kerana kedua-duanya menentukan sama ada penonton berminat untuk terus menonton atau mengikuti kandungan anda. Dalam penciptaan kandungan, penggunaan niche dan hook memberikan banyak kelebihan kepada seorang kreator. Niche membantu kreator membina identiti yang jelas dan menarik penonton yang benar-benar berminat dengan topik yang diketengahkan. Dengan fokus yang lebih khusus, kandungan dapat dihasilkan secara konsisten dan lebih mudah disyorkan oleh algoritma kepada penonton yang relevan. Ini secara tidak langsung mewujudkan komuniti penonton yang setia dan aktif. Sementara itu, hook berperanan penting dalam menarik perhatian penonton dalam beberapa saat pertama. Hook yang kuat mampu meningkatkan kadar tontonan, mengekalkan perhatian penonton dan meningkatkan potensi kandungan untuk menjadi viral. Dengan gabungan niche yang tepat dan hook yang berkesan, kandungan yang dihasilkan bukan sahaja lebih menarik, tetapi juga mempunyai peluang lebih tinggi untuk berkembang dan mendapat pengaruh yang lebih besar di platform digital.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali